KEMBARA ILMU KE MESIR

Published on Thursday, September 19, 2024
   

19 September 2024 - 25 pelajar IPT ikuti program Tahsin al-Quran Bersanad @ Mesir

Sekumpulan 25 pelajar cemerlang yang terdiri daripada 21 pelajar #TahfizUNITEN Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dua orang pelajar tahfiz University of Cyberjaya (UoC) dan dua orang pelajar tahfiz Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menyertai program Tahsin al-Quran Bersanad di Mesir yang bermula pada 16 September sehingga 5 Oktober 2024.

Program anjuran UNITEN yang memasuki edisi keempat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mendalami ilmu pengajian al-Quran dengan manhaj talaqqi dan musyafahah yang benar bersama para masyaikh yang diiktiraf dunia. Di samping itu, para pelajar juga dapat menambah pengetahuan ilmu tajwid dan seterusnya mendapat sanad bacaan al-Quran.

Para pelajar yang terpilih ini merupakan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan juga tahfiz dengan CGPA melebihi 3.5 dan ke atas.

Istimewanya lagi, insya-Allah, mereka berpeluang menunaikan ibadah umrah di Haramain kali ini.

Peluang yang ada ini akan digunakan sebaik-baiknya. Dan, pastinya ini adalah satu pengalaman manis dan berharga buat mereka. Profesional dengan al-Quran di dada.